Monday, January 5, 2015

MY DESIRE

Salam sejahtera kepada semua warga malaysia.

Pertama sekali , biarlah saya perkenalkan diri saya.

Saya dilahirkan pada 23hb. November 1965 di Singapura. Masa tu ayah saya bekerja di SHELL Pulau Bukom di Singapura. Kedua ibu bapa masih warga Malaysia semasa saya dilahirkan. Saya sekolah di Singapura sampai setakat tahun 1974 dan kemudian bersekolah di Seremban sampai tahun 1982.


Baiklah, MY DESIRE..perghhh, bahasa inggeris konon. Hehehehe, jangan salah faham, saya memang saja nak gunakan ayat tersebut. MINAT... tulah tajuknya. Sebenarnya semasa saya di bangku sekolah memang minat untuk menjadi ELECTRICIAN. Pertama pasal, minat dan keduanya senang untuk dapat wang.



Kemudian selepas sekolah menengah saya belajar di satu Kolej untuk mendapatkan Diploma Elektrik.
Selama 3 tahun belajar dan akhirnnya tercapai cita- cita saya untuk menjadi electrician.
Saya bekerja di sebuah kilang di seremban.







Tapi tak lama saya bekerja selama enam bulan disebabkan faktor ekonomi merundum. Terpaksa berhenti disebabkan saya orang baru. Kena diberhentikan.. Sedih gak pasal baru nak mulakan kerja.